Hepatitis D

Hepatitis D ialah sejenis virus hepatitis[3] yang disebabkan oleh virus hepatitis delta (HDV), zarah kecil berbentuk bola yang memiliki persamaan dengan viroid dan virusoid.[4][5] HDV ialah salah satu dari lima virus hepatitis yang dikenal pasti: A, B, C, D, dan E. HDV dianggap sebagai satelit (sejenis agen jangkitan subviral) kerana hanya dapat berkembang biak jika terdapat virus hepatitis B (HBV).[6] Penularan HDV boleh berlaku sama ada melalui jangkitan bersamaan dengan HBV (jangkitan bersama) atau menjangkiti pada pesakit dengan hepatitis B kronik atau keadaan pembawa hepatitis B (adijangkitan).HDV dan HBV yang menjangkiti seseorang secara bersamaan dianggap sebagai jenis virus hepatitis yang paling serius kerana komplikasinya yang parah.[7] Komplikasi ini termasuk kemungkinan yang lebih besar untuk mengalami kegagalan organ hati pada jangkitan akut dan perkembangan yang cepat menjadi pembengkakan hati, dengan peningkatan risiko menghidap kanser hati melalui jangkitan kronik.[8] Dalam kombinasi dengan virus hepatitis B, hepatitis D memiliki kadar kematian tertinggi dari semua jangkitan hepatitis, iaitu 20%.

Hepatitis D

Kaedah diagnosis Imunoglobulin G[2]
Kerumitan Sirosis[1]
Rawatan perubatan Bulevirtide
Rawatan Antivirus, pegylated interferon alpha[2]
Punca Virus Hepatitis D[1]
Nama lain Hepatitis delta
Pakar InfeksiologiĀ 
Simptom Merasa lelah, mual dan muntah[1]